Friday, 5 August 2011

Alignment and Balancing (A & B)

Okeh..kalo sapa2 yg mempunyai kereta dan menservis keretany mengikut jadual dan x ikt jadual,mest pernah denga psl alignment dan balancing.Apa neraka alignment dan balancing ni..kalo bahasa melayu kita pggl penjajaran dan penstabilan tayar.Tp kalo pegi kedai tayar bagitau nk buat penjajaran dan penstabilan,konpom muke brader tu berkerut 14 sbb x penah atau pon jarang kita bahasakan alignment and balancing tu dlm bahasa melayu..
Ni balancing..balance tayar bg stabil

Apa yg penting dgn A & B.Ini adalah untuk memastikan tayar kereta kita x botak cepat atau pn stereng senget sebelah.Nnti bwk kereta mcm ketam.Lepas tu bila kereta masuk longkang,mula la nk salahkan ayam sbb melintas x tgk kiri kanan..Jadi pada hari semalam (Khamis) sy pegi la buat A & B ni sbb nk jln jauh.Cuma sy ingin menyampaikan tips dan harga standet bt A & B ni sbb harga kadang2 x sama bg kdai tayar.Kalo dlm kedai tu ada kereta2 hebat mcm kt kedai LIM Tayar Taman TUN yg dlm tu ada Porsche ngn Ferrari,cuba la pegi.Tgk berapa dia punya harga.Utk kedai2 biasa,lbey kurang ja harga dia dlm range RM35 –RM 60 ikt kereta.Kalo yg bwk tu awek yg xtau pn A & B tu apa,muka plak blur2 alam,saluny mest ada penambahan dlm A & B ni.Jadi pegi,kna buat muka konpiden skit.Apa penambahan yg plg senang skali utk kdai tayar ni bt ialah…perkataan keramatny..”Bos,lu punya chamber sulah lali”..lpas tu dia ajk tgk kt skrin computer dia ada la tunjuk kiri positif,kanan negative..die pn ckp,kalo x bt,mest A & B x tahan lama..Jadi sbg manusia yg mau terbaik utk kereta kesayangan akan kata,ok bt la..Bila dh setuju,tuan2 dan puan2 mau tau harga dia berapa..adjust chamber saja mau RM70 lbey kurang..campur dgn A & B,sudah seratus lbey…Haha..
ni mesin nk measure bt alignment

Chamber ni apa plak sbenany,chamber ni adalah kedudukan tayar pada permukaan jalan ada senget atau pn duk tegak molek dkt permukaan jalan.Penting atau tidak adjust chamber ni,penting kalo nk pastikan tayar tu boleh pkai lama dan anda adalah manusia yg jenis x layan korner.Tp kalo anda adalah yg suka racing haram kt tgh jln sbb nk tunjuk hero,x penting sgt sbb tayar tu mest cpt abis dia punya bunga..Jadi ikt masing2 la nk nilaikn mcm mana..owh..lupa plak,pd yg baru beli kereta,bila 1st time bt A & B,kdai tayar biasa akan suruh ltak skru utk chamber ni.Satu batang RM35 dan kereta tuan2 memerlukan 4 batang ye sbb ada 4 tayar..Kalo tanya Pengilang Kereta,skru chamber ni sbenany x pyh pun.Tp kalo ada plan dlm kepala nk menmpkkn keta racing mau kasi rendah ltak rim sukan besa bagak,elok la bt..Sekian.
ni cr2 nk tunjuk alignment center ke x,chamber ada lali ke x..




5 comments:

  1. Kalo dlm kedai tu ada kereta2 hebat mcm kt kedai LIM Tayar Taman TUN yg dlm tu ada Porsche ngn Ferrari,cuba la pegi.Tgk berapa dia punya harga. <--ni salah ni. aritu g kedai LIM Tayar tu, murah jer. A rm20 jer 4 bijik. kadang2 tak leh judge kedai berdasarkan kereta yang masuk.

    Kedai Ah Kit kat Shah Alam tu, Ferrari penah masuk sekali jer, tapi harga A & B tu cam nak beli tayar sebijik.

    ReplyDelete
  2. Lagi 1, try carik kedai yg buat A&B manual. tak pakai mesin. 110% puas hati. Cuma yg tak best, kena tunggu lama.
    Kereta banyak sebab prosesnya lama sangat.

    ReplyDelete
  3. steady..dun judge a buku by its cover..

    ReplyDelete
  4. mana mau cr itu kedai..kasi share skit la..

    ReplyDelete
  5. Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete

kOmeN la aPa yAnG PaTuT