Saturday, 19 November 2011

kisah si penebang pokok...

kisah si penebang pokok...alkisah, terdapat la seorang penebang pokok yang menyara hidupnya
dengan menjual kayu api

penebang pokok ini teramatlah miskin sehingga dia hanya mempunyai
sebilah kapak sahaja.

dikisahkan pada suatu hari, si penebang pokok ini pun pergi ke dalam
hutan untuk menebang pokok.

setelah jauh berjalan ke dalam hutan, si penebang pokok ini pun sampai
ke tempat yang dia tidak pernah jumpa.

keadaan di situ amatlah cantik, terdapat sebuah tasik di tengah hutan
tersebut.

si penebang pokok ini pun pergilah ke tasik tersebut untuk mencuci
muka.

hendak dijadikan cerita, kapak beliau pun terjatuh ke dalam tasik.

menangislah si penebang pokok tersebut, tiba2 muncul pari2 dari tasik
dan bertanya kepada si penebang pokok.

pari2 : kenapa kamu menangis wahai tuan?
pp (penebang pokok) : kapakku terjatuh ke dalam tasik.
pari2 : tunggu sekejap, hamba tolong carikan.

pari2 pun menyelam dan membawa kapak gangsa

pari2 : adakah ini kapak kamu?
pp : bukan, kapakku buruk sahaja.

pari2 pun menyelam dan membawa kapak perak

pari2 : adakah kapak ini kapak kamu?
pp : bukan, kapakku buruk sahaja.

pari2 pun menyelam dan membawa kapak emas

pari2 : adakah kapak ini kapak kamu?
pp : bukan, kapakku buruk sahaja.

pari2 pun menyelam dan membawa kapak buruk

pari2 : adakah kapak ini kapak kamu?
pp : ya, inilah kapak aku.
pari2 : kamu seorang yang jujur, ambillah kesemua kapak ini.

pulanglah si penebang pokok itu dengan hati yang riang, dan dia pun
menceritakan kisah itu kepada isterinya.

keesokkan harinya, si penebang pokok dan isterinya pun pergi ke tasik
tersebut, setibanya di tasik, isteri si penebang pokok tiba2 tergelincir
dan jatuh ke dalam tasik.

menangislah si penebang pokok tersebut, tiba2 muncul pari2 dari tasik
dan bertanya kepada si penebang pokok.

pari2 : kenapa kamu menangis wahai tuan?
pp : isteriku terjatuh ke dalam tasik.

pari2 pun menyelam dan membawa fasha sandha.

pari2 : adakah ini isteri kamu?
pp : ya, itulah isteri aku (sambil menangis).
pari2 : tidak ku sangka, kamu yang jujur telah menjadi sebegini tamak.
pp : aku bukan tamak wahai si pari2, kalau aku cakap itu bukan isteriku,
kau akan bawa tiz zaqyah, kalau aku cakap itu pun bukan isteriku,
kau akan bawa pula intan ladyana, aku ni orang miskin, xmampu nak
sara mereka semua...

credit : majalahkereta.com

2 comments:

  1. hehe..kl bawak wan maimunah agak2 mengaku ke mengaku?

    ReplyDelete
  2. mungkin die cakap die duda..hahaha

    ReplyDelete

kOmeN la aPa yAnG PaTuT