Tuesday, 28 February 2012

Membentuk anak sebijak YAHUDI tp bukan jd YAHUDI..

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa
hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk
dijadikan tesis ini, iaitu ‘Mengapa Yahudi Bijak?‘




Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi, dari segala
bidang seperti kejuruteraan, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang
perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia
dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata,
perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari
untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu
pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu
kebetulan? Atau olahan manusia sendiri? Adakah kebijaksanaan boleh dijana?
Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk
umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang
saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun.Ini kerana untuk mengumpulkan
data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama,
persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya
cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.

Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya
perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan
bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama
suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku
metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat
menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja
dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk
anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih didalam
kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila
dewasa kelak? Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan
beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau
membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal
mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu , dan
untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama
salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau
daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi
kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak
anak di dalam kandungan.
Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya
menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil
minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara
pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang saya
perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan
biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka,
campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu
kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum
memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi
anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan
hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan
menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran
disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi,
jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari
rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka.

Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat
merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna
keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab).
Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan
DNA. Para perokok harap ambil perhatian.

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak anak
tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti
dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever).

Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka
memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka
telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut
mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak
kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis
Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu
terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik
berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam
perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California , ianya
jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala
pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran
tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan
ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan
menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan
persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid
murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk,
segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap
diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan
kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan
Universiti.

Satu lagi yang di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh
terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang
perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga
dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya dan anda hanya akan lulus jika
kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta!
Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja
sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat
menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yang terkini?
Ianya dicipta di Universiti Israel oleh pelajar Fakulti Bisnes dan Fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu
caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat
mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di
Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau
menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah
aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan
ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai
kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan?
Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang
berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka
ada idea yang bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan
pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan
yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell
computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut
dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New
York. Graduan Yahudi dari Fakulti Perubatan New York akan disarankan untuk
mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan
bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan
California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh
dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa
generasi mungkin. Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah
si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten di samping
mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang
baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk
pertumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat
melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan
konsetrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yang bodoh dan sudah tentu genes bodoh akan
mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapura pada tahun 2005 amat
memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah
sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 ! Ini
bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap
pemerintah Singapura dan menakjubkan sekali! dan seperti Israel ianya begitu
taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan
Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia
walaupon hakikat nya negeri Singapura hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya
telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia , jika
anda ke Jakarta , di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga
hingga ke muzium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok?
Cuma US$ .70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa
banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan?
Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka
sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga
berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan
akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, adakah
Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Firaun hingga ke Hitler,
bagi saya itu isu politik dan survival, yang ingin saya ketengahkan ialah,
mampukah kita dapat melahirkan generasi yang bijak seperti Yahudi? Jawapanya
ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi
pemakanan dan cara mendidik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi
sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya
mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur
9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esai sepanjang 5 mukasurat penuh. Esainya
hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat
mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Cuba fikirkan pula bagaimana keadaan umat Melayu kita. Saya mencadangkan para
pembaca (yang belum) agar membaca buku The Malay Dillema tulisan Tun Dr Mahathir
bagi memahami keadaan sebenar dan punca-punca kemunduran bangsa Melayu.Walaupun
ada beberapa bab yang kurang relevan pada masa ini namun hampir keseluruhan
daripada tulisan Tun mampu memberikan satu analisis yang komprehensif tentang
dilema dan permasalahan Melayu.

Apabila membandingkan cara didikan orang kita berbanding orang Yahudi terhadap
anak-anak semenjak dilahirkan, memang jauh bezanya.Budaya dan sistem nilai kita
tidak pernah diperbaiki secara bersunguh-sungguh apatah lagi
diperkasakan.Melainkan segelintir Melayu bandar yang terdedah dengan ilmu dan
kesedaran, majoriti umat melayu masih melakukan cara hidup yang sama dengan yang
lama.
Saya berharap semoga kita lipat-gandakan usaha dalam mengubah bangsa

Ihsan : majalahkereta.com.my

No comments:

Post a Comment

kOmeN la aPa yAnG PaTuT